Maklumat Kursus:
Nama: Kursus Kesedaran Halal (online)
Tarikh: (sila pilih tarikh yang disediakan dibawah)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Bahasa: Melayu
Sinopsis:
Kursus Kesedaran Halal ini adalah bertujuan memberi penerangan secara ringkas tentang konsep asas Halal Haram serta syarat dan keperluan permohonan Pensijilan Halal Malaysia.
Kursus Kesedaran Halal ini adalah bertujuan memberi penerangan secara ringkas tentang konsep asas Halal Haram serta syarat dan keperluan permohonan Pensijilan Halal Malaysia.
Penganjur
Syarikat Dreams Machine Resources PLT merupakan rakan strategik MIHA-JAKIM yang berdaftar (No. Pendaftaran: RSMIHA 2024-011).
Syarikat Dreams Machine Resources PLT merupakan rakan strategik MIHA-JAKIM yang berdaftar (No. Pendaftaran: RSMIHA 2024-011).
Latihan ini amat sesuai untuk:
- Usahawan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui bagaimana proses permohonan pensijilan Halal dan apakah syarat-syarat dan persediaan sebelum permohonan dibuat.
- Syarikat yang ingin menghantar pekerja untuk mengikuti latihan kesedaran Halal bagi memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia.
- Penyelia Halal (Halal Supervisor), ahli Jawatankuasa Halal Dalaman, penyembelih halal dan lain-lain.
- Orang awam yang ingin tahu tentang industri Halal.
- Asas Halal dan Haram dalam Islam
- Pengenalan: Pensijilan Halal Malaysia
- Pengenalan: Industri Halal
- Logo dan Sijil Halal
- Fi Pensijilan Halal
- Syarat Pra-Permohonan Halal
- Keperluan Umum Pensijilan Halal
- Proses Permohonan Halal
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TERMA & SYARAT
1. Sijil Kehadiran (E-Sijil)
- Peserta yang hadir ke kursus ini akan disediakan sijil penyertaan dalam bentuk e-sijil (soft-copy) dengan format PDF.
- e-sijil akan diberikan setelah BUKTI PEMBAYARAN YURAN TELAH DIHANTAR & KEHADIRAN telah direkodkan.
- Peserta wajib hadir sekurang-kurangnya 70% kehadiran dan akan direkodkan secara auto menggunakan aplikasi Zoom.
- Peserta yang tidak hadir atau kehadiran kurang dari 70%, tidak akan menerima sijil, mengikut syarat yang ditetapkan JAKIM.
- e-sijil akan dikeluarkan menggunakan nama dan nombor MyKAD/passport yang telah didaftarkan melalui borang OnPay ini sahaja. Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat bagi mengelakkan kesalahan maklumat dalam sijil.
- e-sijil akan diberikan dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas tarikh latihan dan akan dikongsikan melalui whatsapp group atau email.
- Yuran tidak akan dikembalikan selepas pembayaran dibuat.
Cara penggunaan aplikasi Zoom:
- Sila muat-turun (download) aplikasi Zoom meeting di telefon pintar/mudah alih
- Klik pada link yang diberikan penganjur - Link zoom akan diberikan melalui email atau whatsapp group selepas pembayaran dibuat sepenuhnya.
- Hubungi pihak penganjur jika anda tidak mendapat link
Hubungi kami:
- Admin: admin@hihalal.co
- Puan Nadiah: 019-2757510
- Ustaz Elyas: 019-2757530
- Encik Haidres: 011-1010 9493